IZZAHASHARI[DOT]BLOGSPOT[DOT]COM

Friday, 7 December 2012

Hormat-menghormati sesama sendiri .

Assalamualaikum semua .

Hai korang . Kali ni , Izzah nak kongsikan sikit pasal "Hormat-menghormati" . Ya , hormat ni memang bagus.Tapi , Izzah nak bagi tau sikit . Selama ni Izzah nampak ada sedikit kesalahan tentang "hormat-menghormati" ni .

Baiklah , jika kanak-kanak perlu menghormati orang tua , mengapa pula orang tua tidak perlu
menghormati kanak-kanak ? Sebenarnya , memang perlu . Baiklah , Izzah akan jelaskan
lagi apa kesalahan di sini .

Contohnya Izzah akan bagi dialog dan baca lah .

Adik : Assalamualaikum kakak .

Kakak : Waalaikumussalam adik . Ha , nak apa ?

Adik : Nak guna komputer tu sekejap boleh tak
                        kakak ?

Kakak : Tak payah lah ! Kau bukan reti guna pun .
              Mengada-ngada . Gedik ! Pergi sana ! Dah , jangan nak
              menyampuk lagi ! Shuhh !

Adik : Ok . *menangis*

Baiklah . Ini contoh dialognya . Cuba tengok , adiknya mintak elok-elok dan kakaknya marah
macam tu . Tak baik kan ? Tengok . Sampai adik dia pun dah menangis . Ini satu nota . Baca lah :

Jika kanak-kanak cuba untuk meminta atau berkata sesuatu , jangan marah mereka kerana itu
akan membuat mereka sakit hati dan boleh menyebabkan mereka
menangis . Jadi , hormatilah kanak-kanak .
Jadi , janganlah berkeras hati sangat dengan kanak-kanak . Mereka tu kecil lagi . Jadi , janganlah
sakitkan hati mereka . Nanti mereka menangis kita jugak yang susah . Tau taulah kanak-kanak
memang kuat merajuk lagi-lagi bila ada masaalah dengan kawan mereka . Dah tentu tak akan bercakap
sehingga seorang dari mereka meminta maaf . Tapi , tak tau lagi dengan ikhlas atau terpaksa .

Sampai sini sahaja entry Izzah kali ni . Tetapi , jangan lupa baca entry yang akan datang ! Terima
kasih kerana membaca blog ini .

Assalamualaikum . Nainkali datanglah lagi jenguk blog ni :) Terima kasih .

0 Comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This blog fully designed by IZZAHASHARI | Dont copy my tutorials or my entries ! | Alright reserved by IzzahAshari